Apa itu ID Ejen SSPN? Kod Eksekutif PTPTN / ID Ejen : 000003395

ID Ejen merujuk kepada kod bagi pegawai pemasaran SSPN yang diberikan kebenaran untuk pemasaran secara atas talian.Seorang Ejen tidak semestinya pegawai yang bertugas sepenuh masa di PTPTN. Terdapat 3 kategori ejen online SSPN iaitu Eksekutif Pemasaran (Pegawai PTPTN sepenuh masa) , Ejen Pemasaran Online (EPO- Ejen Online PTPTN) dan Rakaniaga Affiliate(RNA – Ejen Online PTPTN).
Kod Eksekutif PTPTN pula adalah kod bagi seorang Eksekutif Pemasaran yang bertugas sepenuh masa di mana-mana cawangan PTPTN / HQ PTPTN.
Bagi pembukaan akaun SSPN-i , hanya Eksekutif Pemasaran sepenuh masa PTPTN-SSPN diberikan kebenaran untuk membantu anda bagi pembukaan akaun SSPN-i secara online. Sila pastikan kod yang dimasukkan adalah Kod Eksekutif Pemasaran PTPTN.
Bagi pembukaan SSPN-i Plus pula , ID Ejen bagi Eksekutif Pemasaran , EPO dan RNA boleh digunakan.
Untuk semakan ID ejen , sila layari , https://www.ptptn.gov.my/sspniplusonline/CheckStatusAgent/
Pastikan ID Ejen yang anda masukkan bukan ID Ejen yang diberhentikan atau ditamatkan.
Bagi pembukaan akaun SSPN-i Plus pula terdapat 3 jenis ID Ejen yang dibenarkan iaitu Eksekutif Pemasaran sepenuh masa PTPTN, Ejen Pemasaran Online dan Rakaniaga Affiliate SSPN-i Plus.
Kod Eksekutif PTPTN / ID Ejen bagi laman www.mysspn.com ialah 000003395 , merupakan kod staff / Eksekutif Pemasaran yang bertugas sepenuh masa di PTPTN-SSPN.
Bagi pelanggan yang memasukkan Kod Eksekutif PTPTN / ID Ejen : 000003395 anda boleh berhubung dengan En. Mohd Yunus melalui emel rasmi : m_yunus@ptptn.gov.my untuk semakan pembukaan.
Kepada pelanggan yang tidak memasukkan Kod Eksekutif pemasaran / ID Ejen dalam transaksi pembukaan akaun atau penambahan simpanan, emelkan resit transaksi anda ke m_yunus@ptptn.gov.my untuk semakan status transaksi.