PANDUAN PEMBUKAAN AKAUN SIMPAN SSPN PRIME
(SEBELUM INI DIKENALI SEBAGAI SSPN-i)
Jenis-Jenis Akaun Simpan SSPN Prime
1. Akaun Untuk Anak Sendiri / Anak jagaan Sah
Anak berumur 1 hari hingga 29 tahun.
Anak layak memohon pinjaman PTPTN.
Pendeposit layak pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.
2. Akaun Untuk Diri Sendiri
Individu berumur 18 tahun dan ke atas.
Layak memohon pinjaman PTPTN.
Tidak layak pelepasan cukai.
3. Akaun Lain-Lain
Pendeposit merupakan warganegara Malaysia lain yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Penerima manfaat layak memohon pinjaman PTPTN. Tidak layak pelepasan cukai.
Bagi memulakan pembukaan akaun Simpan SSPN Prime, klik link dibawah :
https://www.ptptn.gov.my/esmas-open-acc-web/#/openAccount
atau
Pastikan semua maklumat dilengkapkan dengan tepat.
1. Nama Pendeposit (Pendeposit mestilah berumur 18 tahun dan ke atas, cth : nama ibu/bapa/penjaga . Jika pelajar yang berumur 18 tahun ke atas yang membuka akaun untuk diri sendiri, maklumat pendeposit dan penerima manfaat mestilah sama.)
Status Warganegara (paparan automatik)
2. Pilih keturunan/bangsa pendeposit.
3. Masukkan nombor MyKad (IC Number) dengan tepat.
4. Pilih jenis akaun yang sesuai.
–Akaun untuk anak/anak jagaan sah >> Sekiranya anak berumur bawah 18 tahun. Bagi pelepasan cukai had umur anak adalah 29 tahun.
–Akaun untuk diri sendiri >> mestilah berumur 18 tahun dan ke atas. Tidak layak pelepasan cukai.
–Akaun Lain-Lain >> Pendeposit adalah warganegara Malaysia selain Ibu/Bapa/Penjaga. Tidak layak pelepasan cukai.
5. Pastikan tarikh lahir betul (janaan automatik dari nombor MyKad yang dimasukkan). Pilih tarikh lahir secara manual sekiranya sistem tidak menjana tarikh lahir secara automatik.
6. Masukkan pekerjaan pendeposit . Sekiranya tidak berkerja/pelajar , masukkan “Tidak Bekerja”.
7. Masukkan pendapatan pendeposit. Contoh 8000.00
8. Masukkan alamat mengikut baris Alamat 1 (wajib), Alamat 2(tidak wajib), Alamat 3(tidak wajib). Maklumat poskod, bandar dan negeri tidak perlu diisi pada ruangan ini.
9. Masukkan poskod. Sistem akan memaparkan poskod dan bandar berdasarkan masukkan poskod anda. Klik pada pilihan poskod tersebut.
10. Maklumat Bandar dan Negeri akan dipaparkan secara automatik berdasarkan masukkan poskod anda.
11. Masukkan nombor telefon rumah pendeposit jika ada (tidak wajib).
12. Masukkan nombor telefon bimbit anda.
13. Masukkan emel anda yang aktif.
14. Masukkan nama Penerima Manfaat (nama anak/jagaan. Jika akaun dibuka untuk diri sendiri, pastikan nama adalah sama dengan nama Pendeposit)
25. Pastikan amaun dipaparkan betul seperti dikehendaki dan tekan butang Bayar.
Nota : “SSPN Nombor” adalah nombor akaun SSPN Prime anda bagi setiap pembukaan akaun yang berjaya. Nombor tersebut boleh digunakan bagi tujuan pengisian maklumat dalam permohonan pinjaman PTPTN online atau bagi tujuan pendaftaran Penyata Online SSPN Prime anda. Anda boleh mendapatkan Slip Akuan Pembukaan Akaun dengan cara menghantar emel ke m_yunus@ptptn.gov.my. Sertakan Nama dan No Mykad pendeposit serta resit pembukaan akaun.

Paparan internet banking mengikut bank yang dipilih akan dipaparkan. Anda perlu melalui proses biasa seperti pembayaran online lain, seperti log masuk, semak maklumat pembayaran, request TAC/OTP/etc dan Bayar. Bagi setiap transaksi yang berjaya , klik butang “Continue With Transaction” dan “Return To FPX” bagi membolehkan resit seperti di bawah dijana.
Dapatkan Slip Pembukaan Akaun Anda Segera

Sila sertakan (attach) Resit Pembukaan Akaun atau Resit FPX ke emel rasmi Eksekutif Pemasaran PTPTN m_yunus@ptptn.gov.my untuk mendapatkan Slip Akuan Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime anda seperti di atas.
Slip ini adalah paparan maklumat akaun Simpan SSPN Prime yang telah berjaya dibuka yang perlu disimpan bagi tujuan rujukan pada masa hadapan.
Untuk membuat penambahan deposit secara mudah , ikuti panduan penambahan di https://mysspn.online/fpxdeposit.html
Anda terlupa meletakkan Kod Eksekutif PTPTN / ID Ejen?
Jangan bimbang, anda masih boleh berhubung melalui emel rasmi : m_yunus@ptptn.gov.my untuk semakan Akaun Simpan SSPN Prime anda. Sertakan (Attach/Screenshot) bersama Resit Pembukaan/Penambahan/FPX anda.